Perjalanan Ku.

Belia Hari Ini, Usahawan Sekarang !!

 

Assalamualaikum, apa khabar semua? Rasa dah lama sangat tak kemas kini(Bahasa tu :>) blog ni. Jadi hari ni nak aku nak kongsi pengalaman dari hari yang aku lalui. Dari gambar yang korang nampak dekat atas, itu gambar aku dengan kawan aku. Aku kenal dengan dia waktu pergi kursus Usawahan TUBE 5.0 anjuran SME CORP MALAYSIA. Ikut dari apa yang kami hadap masa di kem cukup menceritakan untuk menjadi usahawan bukan perkara mudah dan bukan juga perkara yang susah. Untuk jadi seorang usahawan cukup dengan Semangat, Minat dan yang penting Matlamat. Kenapa aku bold kan perkataan tadi sebab dari perkataan tu aku dan rakan aku ni memulakan langkah sebagai usahawan.

 

 

Aku dan kawan aku jumpa balik di tempat dia berniaga (Desaru Coast). Banyak benda yang aku dan dia bincang dan bualkan. Dari kisah kite orang di kem sampai dah keluar kem, cerita manis dan pahit semua ada. Sekarang suasana dah lain, semua mengejar matlamat yang mereka sediakan untuk diri mereka termasuk aku dan kawan aku ni. Ya, dalam perbualan kami ada keluhan ada luahan tapi setiap yang kami ceritakan akan kami lapis denga kata2 semangat untuk sama-sama bangkit dari masalah yang di hadap. Jujur aku cakap aku gembira tengok kawan aku ini ada kedai perniagaan dia sendiri. Dan tanpa sedar hasil dari perniagaan kawan aku ni, ramai yang kata hasil kerja dia sedap dan menarik (Nasi Ayam Tok Adam). Masa aku dekat sana pun aku ada bantu dia jual Nasi Ayam, memang buat aku terkenang balik masa aku niaga jualan macam ni.

 

Jadi itu sahaja perkongsian aku hari ni. Maaf dari aku kalau ada bahasa aku gunakan kurang menarik dan tak elok bila korang baca. Hahahaha..biasalah baru nak mula menaip balik. Jadi jumpa lagi pada artikel aku yang akan datang. Salam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *