Perjalanan Ku.

PERSAHABATAN

KENANGAN TERINDAH

Satu talian silaturahim yang dipanggil Sahabat merupakan talian yang cukup berikan makna dan kenangan pada semua insan. Pengertian sahabat juga menyentuh beberapa perkara seperti kepercayaan, kesetian, saling menghormati dan sentiasa membantu satu sama lain.

 

 Lihat dari gambar diatas,  aku telah diberikan peluang dan ruang untuk merakam sebuah memori yang indah untuk aku hasilkan artikel ini. Majlis Reunion SMK Felda Semenchu menunjukkan kesepakatan antara mereka yang dapat menjayakan sebuah majlis yang boleh dikirakan susah untuk dianjurkan. Mengapa aku katakan susah? Sebab untuk mereka melaksanakan majlis ini perlukan perancangan yang rapi, rancangan masa yang betul dan hubungan persahabatan yang kuat. Untuk mereka mengumpulkan kesemua rakan-rakan mereka juga mengambil masa yang agak lama. Walaubagaimana pun mereka berjaya dengan usaha yang mereka laksanakan.

 

Nilai persahabatan itu cukup bermakna bagi insan yang faham dan tahu pengertian sebenar nilai persahabatan. Jika anda ada insan yang bergelar sahabat jagalah dia, sentiasa tanyakan khabar mereka dan jika ada masa terluang pergi menziarahi mereka. Tindakan sebegini jika dilakukan insyallah keharmonian diantara manusia, bangsa dan Agama(tanpa mengira perbezaan agama) bakal terjalin dengan rapat. Dalam islam sendiri mengajar kita untuk mencari ramai kenalan yang boleh dijadikan sahabat untuk menjalinkan talian Silaturahim.

Sekian dari saya Marul Aiman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *