Perjalanan Ku.

GAPAI IMPIAN

Salam, dan selamat sejahtera semua. Lama dah tak kemaskini (formal pulak) Web blog ni. Alhamdulilah, selama beberapa bulan ni, aku dah mula dikenali dan mula menerima beberapa tempahan untuk perkhidmatan yang aku lakukan. Secara jujurnya setiap usaha dan kerja keras yang dilaksanakan membuahkan hasil sedikit demi sedikit.

Aku juga jumpa dengan pihak yang boleh bantu dan berikan aku tunjuk ajar dalam bidang yang aku ceburi ni. Ya, bidang ni bukannya senang tapi dengan usaha dan kerja kuat serta berserah pada Allah S. W. T insyallah, segala yang diinginkan tercapai. Segala yang diinginkan pun bukan secepat itu nak dapat, ambik beberapa masa dan peringkat untuk capai.

Setiap kerja dan perlaksanaan tugas juga aku perlu letak satu niat yang baik untuk semua bakal pelanggan aku. Dengan niat itu aku berikan sebaik yang mungki dan sebagus yang mungkin pada pelanggan aku. Alhamdulilah, ada pelanggan yang berpuas hati dengan cara aku kerja dan hasil kerjanya.

Aku pun pada awal risau dan tak keruan di buatnya. Tapi aku tetap kena teruskan dan kena beranikan diri untuk terus ke depan. Ada masalah yang aku hadapi aku tidak akan lari lagi, apa yang aku buat adalah hadapi masalah tu. Begitulah yang dah mula berlaku pada diri aku dan usaha aku untuk GAPAI IMPIAN AKU. Sekian.

Man Serunai Zaman Studio

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *