Tentang Kami

Assalamaulaikum, dan selamat sejahtera kami ucapkan kepada anda.

Selamat datang kami ucapkan kepada anda ke ruangan Serunai Zaman Studio. Disini kami akan mengenalkan dan menceritakan pada anda, Apa ini Serunai Zaman Enterprise dan siapa pemilik serta ahli Serunai Zaman Enterprise.

Kisah bermula apabila si pemilik mula meletak satu tekad untuk mengubah kehidupannya dan meletakkan satu impian dalam perniagaan. Si pemilik mula menyatakan hasratnya dalam perniagaan pada keluarganya dan mendapat sokongan yang penuh dari ahli keluarga. Dalam perancangan untuk menjadikan impiannya dalam bidang perniagaan, si pemilik cuba mencari jenis perniagaan yang ingin dilaksanakan tapi berakhir dengan jalan buntu. Si pemilik mula berjumpa dengan rakan-rakan yang ada menjalankan perniagaan dan mendapat nasihat serta cadangan yang sangat bernas buatnya. Akhir dari pencarian itu, si pemilik membuat keputusan untuk melaksanakan perniagaan jenis perkhidmatan yang melibatkan hobi si pemilik iaitu mengambil gambar (jurugambar). Maka bermulalah perjalanan si pemilik dalam perniagaannya. Dari setiap peringkat yang dilalui banyak cabaran dan dugaan.

Rezeki yang tidak dijangka dapat pada si pemilik dengan tawaran yang diberikan dari Pihak SME CORP Malaysia untuk mengikuti sebuah program usahawan yang dianjurkan dan mendapat bantuan perniagaan yang membolehkan si pemilik menjadi lebih yakin dalam perniagaannya. Selama si pemilik mengikuti program tersebut banyak ilmu, panduan dan kesilapan si pemilik dalam menjalankan perniagaan yang dipelajari.

Setelah selesai dari program tersebut, si pemilik mula mendaftarkan perniagaannya dengan nombor berdaftar JM0864369-M, di atas nama syarikat SERUNAI ZAMAN ENTERPRISE. Syarikat ini juga mempunyai siri Nombor Ahli Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera yang bernombor SL 11159. Nama si pemilik syarikat ini juga bernama KAMARUZZAMAN BIN KAMAN.

Semoga kisah yang disampaikan ini memberikan info dan juga pengetahuan pada anda semua. Selaku bakal pelanggan atau pihak yang ingin mengetahui tentang syarikat SERUNAI ZAMAN ENTERPRISE.